Yakjuj dan Makjuj

Assalamualaikum

Ello..ha, hari ni, kita berpindah topik yang lain lak.  tapi still dalam konteks yang sama; ‘PEMUSNAH’.  Kali ni, saya nak detailkan kepada readers semua pasal Yakjuj dan Makjuj aka Gog and Magog.  Kenal tak?  Mesti ramai yang pernah dengar nama ni, tapi tak tahu detail sal dorang kan?  Jom sama2 kita baca!

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

“…kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”…”; al-Kahfi : 92 – 98

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Ya’juj Ma’juj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).

Bagi memudahkan pemahaman readers sekalian, sila baca artikel dibawah tentang lokasi pengurungan kaum pemusnah itu.

Lokasi Yakjuj dan Makjuj

Menurut ahli kaji al-Quran, Iskandar Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Di sana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami. Menurut mereka, bangsa Yakjuj dan Makjuj seringkali datang dan membuat kerosakan termasuk membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya. Kemudian mereka meminta Iskandar Zulkarnain membantu dengan membina sebuah tembok yang mampu menahan dari diceroboh oleh bangsa yang kejam itu.

Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

Baiklah, itu adalah kisah secara ringkas tentang sejarah pembinaan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, dimanakah lokasinya?

Menurut kisah tadi, Iskandar Zulkarnain menuju ke Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dimanakah lokasinya? Sila lihat peta di bawah.

p/s – expertists mengenal pasti ini merupakan lokasi yang paling tepat untuk setakat ini.

Terdapat banjaran yang dinamakan Banjaran Caucasian Kecil yang mana terdiri dari beberapa buah gunung. Namun mana satu yang dimaksudkan? Menurut perkiraan saya, hanya kawasan yang ditandakan dengan bulatan biru boleh menjadi satu kemungkinan kerana terdapat beberapa tempat yang mampu menempatkan penduduk di antara gunung-gunungnya. Apa yang dinyatakan melalui bijak pandai adalah, penduduk yang ketakutan tersebut tinggal di antara gunung Armenia dan Gunung Azerbaijan. Adakah ini bermaksud mereka berada berhampiran sempadan negara tersebut? Tidak diketahui pula kerana di dalam al-Quran sendiri tidak ada menyebut lokasi dan nama gunung itu.

Dari apa yang saya dapat perhatikan, hanya satu tempat sahaja yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan tempat yang dimaksudkan. Ianya dinamakan Jermuk. Terletak di antara dua buah gunung yang mana salah satu gunungnya terus mengunjur ke Azerbaijan.

Yakjuj & Makjuj (berita gempar dari NASA!!!)

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

p/s – these might be the illustrations of NASA or maybe the right one.  the answer still remains unknwon.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata,

“Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.

“Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”.

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah

Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?

Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.  Masih tiada jawapan samada Mole People itu ialah Yakjuj dan Makjuj atau tidak.

Yang masih menjadi persoalan bagi saya ialah mengapa sesetengah orang berpendapat kaum ini ada susur galurnya dengan kaum China.  Adakah kerana mereka bermata sepet?  Tapi dari apa yang saya dapat lihat, sejarah yang telah termaktub tentang kaum ini masih lagi tidak dikenal pasti kesahihannya tentang perkaitan dengan kaum China.  Oleh itu, jika ada yang ingin berkongsi maklumat, amat dialu-alukan.  Itulah dia sedikit sebanyak sejarah pasal mereka.  Maaflah tak dapat korek banyak.  Next post pasal our one of the greatest legendary Muslim.  Nak tahu siapa?  Jangan lupa follow or update ngan blog saya k?

Ilalliqa’, Wassalam.

~ by sunan89 on July 14, 2010.

6 Responses to “Yakjuj dan Makjuj”

  1. pihak nasa mmg tipu agaknye…yelah kerje dorang cume psl hal2 angkasa…

    • no comment…but NASA isnt about agkasa je actually..ade jugak bidang laen..but as we know it, dorg mmg pro sal airspace dats y kite ckp dorg tipu..tp pape pon, byk kanlah mmbace n merujuk kpd org yg berilmu..baru la ilmu tuh bkn sekadar pada akal je smate2..:)

  2. are u sure iskandar is zulqarnain…not king kurush..plz check back

    • Yes im pretty sure. if u really know what zulqarnain means, that means u will agree with my posted article. i wrote with ilm and much references. this is history of Islam we are talking about and im not someone who is easy to manipulate all the histories made by our greatest caliphates era.

  3. baru baru ni pengkaji china telah temui skeleton of a new species of human. it seems like its quite related to yakjuj dan makjuj. whats your opinion on this?

    • Terima kasih kepada saudara. Ulama moden dan yang lama banyak berselisih faham tentang kewujudan kaum ini. Mereka dikatakan sebagai makhluk hibrid; iaitu campuran dua jenis makhluk. Tetapi dari campuran apakah yang menjadikan hibrid tersebut, tidak berani saya kata. Ulama sendiri masih berselisih pendapat ttg mereka. Ada betulnya kerangka2 tersebut dari kaum yakjuj dan makjuj kerana mereka hidup berpindah randah sambil memusnahkan segala yang ada di depan mata. Saya akan cuba gali dahulu apa yang mampu, nanti saya akan detailkan lagi. terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: