Lawak ke der?!

•March 24, 2012 • Leave a Comment

Assalamualaikum.

Salam sihhah untuk pembaca semua. Semoga baik-baik saja di sana.  Topik kali ni, ‘Lawak Ke Der?!’.  Bukan pasal program tv yang disertai oleh jozan dan pelawak-pelawak yang terkenal, cuma sedikit info yang berguna untuk kalian semua.

Topik kali ni ingin mengetengahkan info berguna tentang lawak-lawak yang sering di post oleh FB-ians sekalian yang lebih berunsurkan tentang agama dan sebagainya.  Hal ini boleh menjadi masalah besar jika dipandang enteng.  Jika lawak tersebut tidak membabitkan mana-mana pihak atau perkara-perkara serius, masih boleh diterima.  Jika ia membabitkan hal-hal yang serius, mana mungkin ia boleh diambil mudah. FB-ians sekarang terutama muda-mudi, menjadi golongan sasaran yang sering memulakan topic atau post yang tidak melambangkan agama Islam yang dianuti.  Rasanya tak perlu untuk saya memberikan contoh kerana kalian semua sedia maklum dan mungkin ada juga yang sudah membaca dan ternampak post yang saya maksudkan.

Percaya atau tidak, ini yang kita alami selang hari demi hari.  Jangan diambil mudah.  Kita boleh ambil contoh penggunaan perkataan ‘ye’ kepada ‘yew’ dan sebagainya.  Pernah terdetik di fikiran bagaimana penggunaan tersebut boleh meluas?  Kekerapan penggunaan juga oleh belia muda.  Begitu juga yang terjadi oleh lawak-lawak yang sering dipandang enteng.  Cukup lah Islam sudah dilabel sebagai pengganas dan dipermainkan di internet dan games yang diterbitkan oleh kafir.  Mungkin sekarang kalian semua boleh buat penilaian dan cuba membaik pulih sindrom yang kian merebak ini.  Nasihatkan saja.  Percayalah, tak perlu diri yang baik, selagi mana kalian mampu untuk menjalankan tanggungjawab kepada muslim yang lain, cukup memadai.  Teruskan usaha pada yang sudah mula. Jangan putus asa.  Jalan dakwah tak mudah.  Kesabaran yang tinggi perlu ada.  Mulakan dengan bismillah.  Insyallah berjaya.

p/s : Lawak ke der?!

Ilalliqa’, Wassalam.

Wanita Berpakaian tetapi Telanjang!

•March 10, 2012 • Leave a Comment

Assalamualaikum

Maaf topik agak kasar, tapi cuma ingin menegaskan, hadis nabi yang disabdakan baginda pada 1400 yang lalu kini menjadi kenyataan.  Semakin berleluasa.  Yang tudung labuh ke, tak labuh ke, perlu diingatkan; perkara ini bukan perkara remeh.

Ramai orang Melayu yang malas membaca. Kalau buku agama lagilah malas nak baca. Sudahnya, kita jadi masyarakat bangang dan buta agama.

Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).

Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang ‘berpakaian telanjang’. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi ‘bertelanjang’ daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w menyatakan dalam hadis yang sama: “Aku belum pernah melihat mereka ini.” Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksud ini?

Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini di mana-mana. Yang menyedihkan, golongan wanita ini mengaku muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh ataupun mereka mengenakan pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam di mana seseorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

Gaya terkini, kebanyakan remaja didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar JEANS sendat. Disebabkan potongan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yang amat mengiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila berjalan tergedik-gedik biarpun bertudung.. Inilah yang dinamakan “berpakaian seolah-olah telanjang” bermakna hukumnya sama seperti mendedahkan aurat.  Selain daripada itu, tidak kurang hebatnya yang belajar agama, mereka tahu serba serbi tentang aurat tetapi berlaku juga kesilapan yang besar yang dianggap kecil.  Tidakkah kamu perasan wahai hawa? Please take note!

Remaja muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri. Rela tubuhnya menjadi tontonan lelaki. Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka.

Fesyen sebegini tak ubah seperti pakaian orang kafir. Sebagai umat Islam kita dilarang daripada meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran dalam satu hadis: “Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Sunan Abi Daud)

Bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan berlepas tangan. Bukankah kerja Amar maaruf nahi mungkar itu suatu pekerjaan yang wajib dilaksanakan? Allah telah perintahkan kita mendidik anak isterinya dengan didikan agama yang sempurna. Ayuh berdakwahlah!

p/s : Ini buktinya! Nauzubillah!

 

Ilalliqa’, Wassalam.

Mas Kahwin vs Hantaran!

•March 4, 2012 • Leave a Comment

Assalamualaikum.

Isu best, mesti ada yang nak baca. Lagi-lagi lelaki. Ok, Tak nak panjang cerita, saya akan perjelaskan sekarang.

Baginda bersabda:  “Sebaik-baik maskahwin ialah yang mudah” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah sebut, wanita yang paling baik ialah bila maskahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi maskahwin kepada isterinya. Perlu dijelaskan di sini, maskahwin yang mudah itu adalah hanya sekali seumur hidup sama seperti kita menjadi ahli seumur hidup dalam sesuatu persatuan.

Maksud mudah bolehlah saya anggarkan begini, kalau gaji lelaki itu sebulan RM 3,000 tentulah hendak beri maskahwin RM300 sekali seumur hidup tidak susah, mudah sahaja. Tapi kalau gajinya RM10,000 sebulan tentu mudah baginya untuk memberi kepada isteri RM1,000 sebagai maskahwin.

Jadi, kalau seseorang lelaki bergaji besar tetapi sewaktu hendak beri maskahwin hanya RM 30 atau RM 80 tentulah tidak sepadan, dan dia boleh dikatakan lelaki kedekut. Tetapi dia tidak merasai begitu dan tidak pula malu kerana menganggap itulah kadar maskahwin yang wajib baginya.

Hal ini kerana mereka tidak faham maskud hadis di atas. Sebaliknya memahaminya sebagai maskahwin itu hendaklah murah. Lalu padanya kadar maskahwin yang paling rendah itu menggambarkan wanita yang baik.

Sebenarnya maskahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan maskahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang, mungkin satu juta pun bukan nilainya.

Hantaran bukan wajib dalam Islam, tetapi menjadi adat dalam masyarakat setempat. Walaupun bakal suami tidak wajib memberi tetapi kalau tidak memberinya, akan dipandang sebagai kurang adab. Walaupun masyarakat tidak menghinanya, tetapi dia sendiri akan rasa malu dengan keadaan itu. Itulah nilai adat seperti wajib juga.

Adat seperti ini dibenarkan oleh Islam tetapi sepatutnya kadar hantaran itu tidaklah membebankan lelaki, malah sebaiknya mengikut keikhlasan bakal suami berdasarkan kemampuannya. Dalam keadaan ini, ramai yang tidak menyedari bahawa adat yang dilaksanakan di kebanyakan tempat melanggar hukum dan adab Islam.

Sebenarnya hantaran mengikut adat itu ditentukan keluarga wanita. Malah sesetengah tempat bukan ibu bapa yang menentukannya tetapi ada wakil yang diberi kuasa menentukannya. Di sinilah kadang-kadang kadarnya membebankan pihak lelaki terutama yang tidak berpendapat tinggi.

Berdasarkan itu, hantaran yang membebankan seperti yang diamalkan pada hari ini, itulah antara yang menyebabkan lelaki lambat berkahwin atau wanita sukar dipinang lelaki. Jadi, bukan maskahwin yang menjadi punca segala-galanya kerana kalau kadar RM 300 itu lelaki boleh berkahwin sebulan seorang kalau dia mahu, apatah lagi kalau sekadar RM 20.

Selain itu adalah tidak benar dan tidak wajar sesuatu perkahwinan itu ditanggung kosnya oleh lelaki yang hendak berkahwin. Sebaliknya ibu bapa wanita menanggung semua kos kerana majlis itu untuk mengisytiharkan perkahwinan anaknya. Begitu juga Ibu bapa lelaki mereka juga harusa bertanggungjawab membuat kenduri di rumahnya bagi mengisytiharkan bahawa anaknya sudah berkahwin.

Jadi, ibu bapa tidak seharusnya mengambil duit anaknya untuk mengadakan majlis tersebut apatah lagi mengambil wang menantunya. Sedarlah, kalau mereka benar-benar tidak mampu untuk mengadakan majlis seperti itu kerana kos yang tinggi, tidak perlu buat besar-besaran tetapi cukuplah dengan buat kenduri doa selamat untuk sekadar 50 orang di sekitarnya.

p/s : Kan ini lebih bagus, anak beranak boleh baca. Jangan buat perhiasan pula!🙂

 

Ilalliqa’, Wassalam.

Tudung itu berat? Beratnya!

•February 21, 2012 • Leave a Comment

Assalamualaikum,

Salam sejahtera.  Setelah sekian lama tak blogging. Rasa kekok pula kali ni. Bukan apa, awak dah lama tak menaip dan memerah idea. Keras aje lah buah fikiran dalam kepala ni. Tetapi takpe, hari ni saya ingin memetik perkara yang sangat popular bagi kita melayu yang secara amnya adalah muslim kebanyakannya iaitu tudung.

 

“Aku pernah tengok orang pakai tudung pun buat hal”

“Aku free hair, tapi aku sembahyang”

“Belum sampai seru lah”

“Alah, asalkan tutup sudahlah”

 

4 ini diantara feedback yang sering diberikan oleh gadis-gadis yang tak bertudung.  Kalau kamu si pembaca, dapat feedback macam ni dari kawan kamu sendiri, rasanya apa yang kamu buat? Tanya diri sendiri. Sejauh mana kita mampu untuk sentiasa menegur mereka-mereka yang tidak bertudung.  Perempuan tu indah. Memang tiada bandingnya dari ciptaan yang lain. Tetapi paling indah ialah wanita yang solehah. Untuk sehelai rambut sahaja dilihat oleh bukan mahram, akan dilaknat Allah S.W.T. Tak kira lah yang belajar ke, kerja ke, bermula keluar dari rumah sampai balik rumah semula seolah-olah mereka yang mendedahkan aurat ini ‘farming’ dosa. Tiap-tiap hari. Tidakkah kalian wahai hawa terasa benda ini?

 

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)

 

Mafhum ayat di atas sekuat-kuatnya menerangkan betapa pentingnya untuk menutup aurat.  Tetapi seiring dengan perubahan dunia, tudung bukan lagi kewajipan. Malahan dijadikan item tersebut sebagai gaya fesyen mengikut kehendak si pemakai. Sampai bila kau mahu begini? Pernah terfikir akan dosa si bukan mahram yang keghairahan melihat dari dada mu sehingga atas kepala? Mereka manusia ada nafsu.

 

“Dihiaskan manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti wanita-wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang baik, binatang-binatang ternak dan tanaman. Demikianlah kesukaan hidup dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).” (Surah Ali-Imran:14).

 

Sememangnya itu telah dinyatakan oleh Allah S.W.T tentang bagaimana obsesnya manusia pada perkara-perkara di atas.  Maka, perlu lagikah hawa bersikap diam dan tidak mengambil peduli dalam menjaga aurat? Seketika, cuba renungkan sejauh mana pengamatan kita dalam perkara ini. Usah dibangga pada rambut yang cantik, jika Allah tarik nikmat, keindahan muka juga pasti tercalar. Jika kau mahu berlumba-lumba mengejar kecantikan, tidak perlu.  Kau bakal tua. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.  Beringatlah dan berilah peringatan selama kau masih hidup.

 

p/s : Tudung bukan fesyen tapi tuntutan agama.


p/s : Berat ke? Tak berat lah. Cubalah dulu. (hiasan cuma)

 

Ilalliqa’, Wassalam

Assalamualaikum

•February 20, 2012 • Leave a Comment

Hey, lamanya tak blogging. Btw, sorry for the absence. Quite busy these past few months. Time for blogging again. Semoga Allah bantu saya dalam kerja dakwah ini.

Ilalliqa’, Wassalam.

 

Assalamualaikum

•October 10, 2010 • Leave a Comment

Sorry guys..for the readers, im taking a break right now..really not in mood to post anything..btw, im collecting some interesting infos for all of u..i will post ASAP..So, keep visiting my blog ok to know whats that really ‘interesting stuff’ im gonna post..

Syukran..

 

Ilalliqa’, Wassalam.

Iskandar Bukan Alexander

•July 15, 2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum

Ha, seperti yang telah dijanjikan, post kali ni saya nak bercerita pasal seorang pahlawan Islam yang teragung.  Kenal tak? Siapa tak kenal Iskandar Zulkarnain?  Semua kenal.  Untuk tatapan umum, saya nak dedahkan tentang Iskandar Zulkarnain BUKAN Alexander The Great.

ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT

ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.

Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.

Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.

Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.

Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.

Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.

Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.

Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.

Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.

Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.

Itu jela yang mampu saya beritahu tentang perbezaannya.  Yang pasti, mereka bukan orang yang sama.  Pahlawan Islam lebih agung hidupnya bukan sahaja dari segi ibadat tetapi akhlak, dan lain-lain lagi menjadi contoh tauladan kepada umum.  Semoga segala kekeliruan yang lepas dapat dileraikan dengan info yang saya baru post ni ok?

p/s – pahlawan agung Islam.

Ilalliqa’, Wassalam.