Aku Bukan Seperti Dia

a : “Ish, pe ni, serabutla!”

b : “Ala, org nak manje skit pon xleh…org rindu ni..ah, x kire! nak manje gak!” Sambil mengeluh manje.

a : “Janganla, serabutla..Tolongla jgn kcu ha..org nak ajar nih nak settle kan laptop nih cene, kang x taw kang!” ku menyambut keluhannya sambil tersenyum.

b : “Hm, yela!” terus mendiamkan diri tanda merajuk.

Lalu ku meneruskan kerja ku untuk membaiki komputer ribanya.  Sambil dirinya masih terdiam diri kaku begitu menandakan tiada lagi tanda untuk reda daripada rajukan itu.  Masa itu, hatinya baru sahaja menerima ku kembali, pada hari sebelumnya, ku keresahan menunggu setiap jawapan daripadanya untuk memaafkan aku.  Tiap saat yang ku rasa, seperti hilang arah dan seakan-akan tiada peluang lagi untukku dengannya.  Hari itu, dia mampu tersenyum melihat telatahku yang suka mengejeknya.  Selepas kerjaku selesai, ku menghantarnya pulang dengan menaiki kereta kawanku.  Kawanku memandu dengan keadaan bersahaja saja, kerana dia tahu setiap detik yang ku ada dengan si dia, amat bermakna buatku.  Kami sempat berbual kosong untuk mengelakkan si dia tidak berasa bosan.  Setibanya di KTM Serdang, si dia turun untuk pulang ke asrama yang didudukinya selama masih menuntut di salah satu institut pengajian di Bangi.  Sebelum si dia melangkah pergi, satu kucupan hinggap di tangan kananku sebagai tanda hormatnya kepadaku.  Aku bahagia.  Aku dan kawanku berlalu pergi sambil diriku melambaikan tanganku sebagai tanda perpisahan yang bagi ku mungkin untuk sebentar cuma.  Aku dan dia, masih ada masa.  Si dia hanya mampu menyambut lambaian tangan itu dengan lambaian tangannya.  Dan si dia, hilang dari pandanganku.  Sedang di dalam kereta, aku memulakan topik perbualan tentang persoalan hatiku kini sudah terjawab dan aku sungguh gembira.  Kawanku hanya mampu tersenyum melihat telatahku yang terlalu gembira.  Kawanku tahu, diriku ini sering bersedih apabila si dia tidak memaafkan aku dan mula mengabaikan aku.  Mungkin itu nikmatnya bila dimaafkan.  Lebih-lebih lagi, daripada orang yang disayang.  Kami sedang dalam perjalanan untuk pergi ke rumah kawanku kerana dia ingin berjumpa dengan keluarganya.

Pada keesokan paginya, aku terjaga daripada deringan telefon bimbitku.  Si dia yang menelefon.  Aku bahagia bahawa dia sudah seperti dulu.

b : “kat sini tak de elektrik la.  org nak balik rumah”.

a : “eh, nak blk rumah? jauhla.  lagipun, kejap je kan elektrik tak de? Membazir minyak, tenaga.  Letih nanti”.

b : “Yela! nak tanya kawan jap.  Nanti org telefon balik eh?”

a : “ok..assalamualaikum”

Sememangnya, di institut pengajiannya sering menghadapi masalah bekalan elektrik pada hujung minggu.  Aku tahu dia kebosanan, tapi memang meletihkan seandainya aku membenarkan dia pulang ke rumah.  Rumahnya jauh dari kawasan tempat dia belajar.  Maka, aku perlu memujuknya agar dia tidak pulang ke rumah.  Aku risau akan keadaan dirinya kerana semenjak kebelakangan ini, dia mudah letih dan acapkali pengsan.  Dia memang seorang yang degil.  Kalau dia nak sesuatu, dia pasti akan cuba untuk mendapatkannya.  Walau dengan pelbagai cara sekalipun.  Itu sikap yang aku paling suka mengenainya.  Dia tidak pernah putus asa.  Dia menelefon lagi;

b : “kawan ajak pegi berkelah”.

a: “kat mane? naik ape?”

b: “entah, tapi kat sungaila.  Naik kereta”.

a : “Ha, kan bagus! dapat rilex jap. okla, hati-hati ye?”

b : “ok, kalau org rindu nanti, org telefon eh?assalamualaikum”.

Ku merelakan dia pergi untuk berkelah dengan kawan-kawannya.  Sememangnya aku tak pernah menghalangnya untuk keluar ke mana-mana.  Aku percayakan dia.  Walaupun ketika aku bertengkar dengan dia sebelum ini, dia masih mampu memberitahuku hanya sekadar untuk pengetahuanku.  Dia masih menghormatiku.  Masa berlalu begitu cepat dan tanpa ku sedari, jam sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang.  Aku cuba menelefonnya kerana risau akan keadaannya.

Service : “This is the voice mailbox for the number 01*-*******”.

Aku masih tenang, mungkin telefon bimbitnya bermasalah.  Aku hanya biarkan masa berlalu sebelum memutuskan untuk menelefonnya buat kali kedua.  Setelah sekian lama, aku ingin mencuba untuk menelefonnya dan berharap panggilan ini akan terjawab sebentar lagi.  Tetapi, suara yang sama masih kedengaran.  Aku semakin hilang arah serta risau akan keselamatan dirinya.  Selalunya, dia tidak begini.  Dia akan pulang awal untuk mengelakkan aku risau dan marah.  Bukan niatku untuk memarahinya, tetapi seandainya aku tiada disisinya, aku tak tahu bagaimana keadaannya yang sebenar.  Hanya dengan reaksinya untuk setiap panggilan telefonku dan kepulangannya ke tempat penginapannya sahaja mampu membuatkan aku tenang.  Bagi mengelakkan kerisauanku makin menjadi-jadi, aku putuskan untuk tidur sementara memandangkan jam menunjukkan pukul 8 malam.  Mungkin selepas aku bangun daripada tidur, dia akan menghantar khidmat pesanan ringkas ditelefon bimbitku.  Aku terlelap.

Wetoriya, wetoriya daridiridara du”…

Kedengaran deringan telefon bimbitku, membuatkan aku terjaga daripada lenaku.  Tiba-tiba aku tersenyum dan merasakan panggilan telefon itu daripada si dia.

Kawan : “Weh, ko dah siap ke lom?”

a : “Hah, aku dah siap. datanglah.”

Aku terdiam seketika.  Tekaanku salah dan membuatkan kerisauanku bertambah teruk.  Setibanya kawanku di rumah, aku terus menaiki keretanya.  Kawanku perasan akan keadaanku seperti risau.  Kereta dipandunya dengan laju untuk segera sampai ke rumah sewa.

Kawan : “Kau kenape??Diam je dr tadi.  Ada masalah ke?”

a : “Tak de papela.  Aku ok.” Aku cuba menyembunyikan kerisauanku disebalik riak muka yang gembira.

Keadaan sunyi mula menyelubungi kembali.  Lantas aku terus bersuara dan berkongsi perasaan risau ini bersama kawanku.  Kawanku memahami, dia cuba untuk menenangkan aku dengan mengatakan bahawa berkemungkinan telefon bimbit si dia mati kerana kehabisan bateri.  Aku kembali tenang dan cuba berfikiran positif.  Mungkin ada benarnya kata kawanku itu kerana telefon bimbitnya itu adalah milikku suatu ketika dahulu.  Aku memberikan kepada si dia kerana telefon bimbit si dia telah rosak dan dihantar ke kedai untuk dibaiki.  Si dia juga pernah memberitahuku bahawa si dia tidak berapa menyukai telefon bimbitnya dan seringkali mengeluh untuk membeli yang baru.  Aku cuba memujuknya untuk menggunakan milikku dahulu kerana perbelanjaannya di institut pengajian semakin tinggi dan pinjaman yang diberikan tidak mencukupi.  Aku juga pernah meminjam sedikit wang daripadanya untuk membayar sesuatu dan belum membayarnya lagi.  Si dia akur dengan pujukanku.

Jam menunjukkan hampir pukul 12 malam.  Aku masih tidak dapat jawapan daripada si dia.  Setibanya aku di rumah, aku terus membaringkan badanku di tilam dan berharap bahawa dia dalam keadaan selamat.  Sambil berbaring, aku melayani perasaan. Marcell dengan Jangan Pernah Berubah merupakan lagu yang pernah aku berikan kepadanya dahulu dan kini lagu itu sungguh menepati citarasa keadaan yang sedangku alami sekarang.

Masih ada perasaan,
Yang tak menentu di hati,
Bila ingat sorot matamu,
Yang kurasa berbeda,

Oh janganlah terjadi,
Yang selalu kutakutkan,
Beribu cara kan kutempuh,

Oh cintaku kumau tetap kamu,
Menjadi kekasihku,
Jangan pernah berubah,

Selamanya kan kujaga dirimu,
Seperti kapas putih di hatiku,
Takkan kubuat noda,

Bayangkanlah dari matamu,
Bayangkan aku di sisimu.

Sikapku yang pelik mengundang rasa kurang senang kawanku.  Dia menegur;

Kawan : “Risau lagi ke?”

a : “Yela, risaula.”

Lantas kawanku terus berborak denganku dan meminta pendapatku berkenaan dengan kerja khususnya.  Aku cuba untuk melayani kerenah kawanku dan cuba untuk memberikan jawapan.  Tetapi, aku hanya mampu terdiam.

Kawan : “eh, ko ade idea tak?”

a : “hmm, aku tak leh berfikir la”.

Kawanku : “Laaa, aku suruh ko berfikir nak bagi ko tak fikir sangat sal si dia. Dia ok la. Jangan risau.”

a : “Sorryla, aku tak leh..aku risau sangat ni…”

Kawanku terdiam, dia hanya mampu mengeluh melihat keadaanku yang semakin teruk.  Aku hargai usaha dia untuk menenangkan aku, tapi aku tak berdaya.  Tanpa berfikir panjang, kawanku terus menelefon si dia dengan menggunakan telefon bimbitnya.  Aku betul-betul terharu melihat usahanya untuk membantuku.  Dia seorang kawan yang baik.  Aku bersyukur.  Tiba-tiba dia memberitahuku bahawa dia berjaya menghubungi si dia.  Aku berasa sungguh lega.  Si dia hanya memberitahu bahawa si dia akan menelefonku kembali.  Setelah puas menunggu, aku mendapat panggilan daripadanya yang mengatakan si dia sudah selamat sampai ke bilik.  Aku gembira dan lega.  Aku terus mempersoalkan tindakannya kerana tidak menghubungiku semenjak dari petang tadi.  Dia memberikan alasan bahawa telefon bimbitnya kehabisan bateri dan aku terus membidas dan memperosalkan tindakannya.

a : “kenapa tak guna telefon kawan?”

b : “……………………”

Dia hanya mampu terdiam.  Setelah sekian lama aku menunggu jawapan daripadanya, dia bersuara;

b : “org terkilan dgn sikap awak”.

Panggilan telefon dimatikan begitu sahaja.  Aku terdiam.  Apa salahku untuk dia berkata begitu?  Aku terus menelefonnya kembali.  Dia bersuara tentang sikapku yang terlalu ego sewaktu ketika dahulu, yang terlalu mementingkan diri sendiri dan sebagainya.  Sekali lagi aku terdiam.  Hatiku berkata “Adakah kata maafku dulu, tidak diterima?”  Kami berbincang di dalam telefon hampir sejam lebih dan keputusannya dia masih tidak berpuas hati.  Pada masa itu, aku hanya mampu merayu agar tiada jawapan yang negatif daripada mulutnya.  Dia hanya mampu bersuara bahawa dia memerlukan masa dan panggilan telefon dimatikan.  Aku menangis seorang diri.  Aku menyesal dengan tindakanku yang dahulu.  Aku hanya berharap dia dapat memaafkan aku.  Aku akan berubah.  Terbaringku dikatil sambil mengenangkan peristiwa yang si dia telah alami disebabkan oleh sikapku yang tidak matang suatu ketika dahulu.  Aku memang kejam!  Aku sememangnya tidak patut melakukannya.  Tetapi dia tabah mengharungi jerih perih itu semata-mata untuk aku selama 2 tahun.  Sekarang penyesalanku tidak lagi akan didengari oleh si dia.  Aku tak mampu berbuat apa-apa.  Aku tak nak kehilangannya.  Dia lain daripada yang lain.  Harapanku bahawa gurauannya sebentar tadi bukanlah gurauan yang terakhir kali ku dengar.  Aku masih cintakan si dia.  Terimalah aku kembali.  Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini dan aku bukan seperti dia.

The End

Assalamualaikum,

Ish, entahla.  tbe2 lak minat nak menaip panjang lebar ceni..salunya, bapak malas!heheh..tp utk tatapan anda, semoga anda terhibur..comment ya??

p/s : Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup dengan yang mati.  Ianya hanyalah rekaan semata-mata.

Ilalliqa’, Wassalam

~ by sunan89 on March 22, 2010.

8 Responses to “Aku Bukan Seperti Dia”

  1. Nice…
    tp..mcm tahu jerk keseluruhan cter neh..
    ehehe…sabarlah kawanku,ade hikmahnyer.

  2. sgt besh! mcm novel..hihi ~_~..i rse mcm ur life jrney jewk.en3??🙂

  3. harap segalanya akan pulih n jadi baik macam dulu.
    korang hepi, aku pun hepi.

    ape2 pun, hidup mesti diteruskan. =)
    good luck!

  4. Try la pujok skit2…
    tp better make some change b4 ko approach dier balik…
    pujok ngn bawa sdikit jaminan,baru si dia yakin n bleh cnsider..
    aku doakan kbhagian ko…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: