Lu lihat, Wa pon lihat ma!

Assalamualaikum,

Pe yang lihat-lihat nih?  Ha, kalau korang sume nak taw, saya nak ketengahkan hal tentang kita.  Kita? nape ngan kita? mungkin sebilangan dari korang sume, tak sedar yang masyarakat kita skang lebih kepada hidop nafsi-nafsi.  Dulu yang kita taw, orang bandar je camni, tp skang? tidak lagi.  Orang kampung pon idop nafsi-nafsi skang nih.  Bukan nak  cakap dah tak de langsung hidop berjemaah, tapi terlalu sikit.  jiran sebelah sihat ke tak, bukan ade orang amek tahu pon, tapi kalau ada kenduri ke, makan2 ke, yang tak dijemput pon boleh datang taw!  Fenomena ni, jadi semakin teruk apabila, kurang kesedaran tentang kepentingan hidup bermasyarakat yang wajib diamalkan.  Para ibu bapa ade juga yang sibuk;

“alaa, penting ke subjek sivik kat sekolah tuh?bukan masuk pekse pon! dah berlonggok yuran nak kena bayar ni!”

Memang penting.  Sememangnya kita tahu, ibu bapa berperanan untuk mendidik anak2 supaya menjadi seorang yang baik dan bertata susila.  Tapi, memandangkan kehidupan hari ini menuntut kesungguhan ibu bapa, agak mustahil mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anak2.  Maka, ini merupakan salah satu faktor kerajaan mengetengahkan subjek sivik dalam proses pembelajaran anak2.  Benarlah kata pepatah; Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sering kita lihat, konflik yang terjadi diantara jiran tetangga disebabkan masalah yang kecil.  Bagaimana ia boleh terjadi?  Ketidaksefahaman itula punca terjadinya konflik2 yang tidak diingini.   Semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini.  Sama ada dari pucuk pimpinan hingga orang bawahan.  Jangan pandang perkara ini enteng kerana masalah ini bakal menimbulkan masalah yang lagi besar impaknya terhadap negara.  Masyarakat itu kunci dalam satu2 organisasi kerana ia merupakan elemen penting dalam membangunkan sesebuah negara yang berdaya saing serta maju dalam pelbagai bidang.  Sikap memandang enteng ini kerap kali berlaku kerana kita sendiri tidak memandang sesuatu masalah yang kecil itu, sebagai masalah.

“Ah, boleh settle la bnda tuh!”

Itulah salah satu ungkapan yang sering kita dengar untuk ‘menyelesaikan’ masalah yang kecil.  Sedangkan titisan air yang lembut itu, mampu melekukkan permukaan batu jika dibiarkan sebegitu lama.  Apatah lagi sikap manusia yang sering berubah-ubah.  Kita ambil satu contoh dalam istiadat makan beradab.  Dalam Islam menyarankan penganutnya untuk melebihkan bahagian kanan terlebih dahulu daripada yang kiri.  Tapi tidak dalam istiadat ini,  garfu disebelah kiri, dan sudu disebelah kanan.  untuk suapan, garfu yang akan menjadi penghulur makanan untuk sampai ke dalam mulut.  Apakah ini masih ok??? Mengapa tiada terlintas oleh pemimpin untuk membetulkan perkara ini??  Mungkin yang mengikut cara yang betul, masih menggunakan  tangan kanan.  Tapi bagaimana dengan mentaliti masyarakat sekeliling dalam hal ini.

“Eei, kunonya! tak belajar makan beradab la tuh!”

Beradabkah itu?? Ada juga sesetengah orang hanya bersikap sambil lewa tanpa mempedulikan hal tersebut.  Adakah ini kesatuan?? Bagaimana pula dengan kes Lina Joy?? Apakah tindakan pemimpin??mana perginya barisan pemimpin yang berikrarkan janji setia pada rakyat??Atau hanya omongan kosong dalam kempen pencalonan??  Adakah sekadar membelek akhbar sambil minum kopi??

“Korang rakyat ckp sngla! suruh itu, suruh ini! cuba la jadi pemimpin sehari, entah tahan entah tidak!”

Ye, disebabkan ketidaklayakan rakyat la, para pemimpin dilantik untuk memimpin.  Oleh sebab itu, cubalah lakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

“Lu lihat, wa pon lihat ma!”

Jangan sekadar lihat, lakukan perubahan demi kebaikan sejagat!

Ilalliqa’, Wassalam.

~ by sunan89 on March 30, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: