Aneroxia : Diet Maut

Assalamulaikum,

Masyarakat pada zaman kini amat mementingkan aspek kecantikan dan tubuh badan yang langsing. Oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diidamkan termasuklah sanggup menahan lapar bagi mendapatkan bentuk badan yang menawan. Hal ini telah menyebabkan mereka mengalami penyakit Aneroksia, apakah itu Aneroksia?

Aneroksia merupakan gangguan pemakanan yang umumnya dialami oleh remaja perempuan atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Anorexia Nervosa.

Aneroksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat. Penderita Anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana menjangkakakan ia boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil tetapi akan segera merasa kenyang dan mual. Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita.

Kebanyakkan Aneroksia ini berlaku kepada remaja perempuan yang menginginkan tubuh badan yang langsing. Hal ini kerana ketika memasuki alam remaja, golongan ini sangat mengambil berat atas pertambahan berat badan. Oleh itu mereka sanggup tidak makan untuk kelihatan cantik dan langsing bagi mengelakkan lemak berlebihan terkumpul di dalam badan. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup. Remaja perempuan ini menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin kelihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi). Sementara kalau tubuh kita gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan ‘body image’nya. Ertinya, mereka sudah memiliki suatu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak secantik tubuh orang lain. Masalah ‘body’ ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna. Antara Tanda-tanda penghidap Anoreksia seperti hilang berat badan akibat daripada enggan makan, penggunaan ubat julap dan ubat diuretik yang kerap atau bersenam secara keterlaluan, letih dan tidak bermaya, terdapat bulu roma halus (lanugo) menyaluti tubuh badan, kurang darah atau anemia, kuku dan rambut menjadi rapuh dan tekanan darah yang rendah. Rawatan bagi penghidap Anorexia bagi kes yang serius ialah dimasukkan ke wad bagi rawatan yang berkesan. Ini bagi membetulkan ketidakseimbangan cecair dan bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap yang normal dan sihat. Rawatan dan pemulihan Anorexia kepada pesakit dengan menarangkan mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dapat membantu pemulihan jangka panjang. Kemahiran-kemahiran lain seperti pembinaan harga diri yang baik, memperbaiki perhubungan keluarga yang positif dan memperkukuhkan jalinan sokongan psikososial juga penting bagi penghidap Aneroksia. Antara kesan penderita atau penghidap Anoreksia boleh menyebabkan berat badan menurun antara 25 hingga 50 peratus daripada berat badan mereka. Selain itu penderita seperti kehilangan selera makan sehingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan. Penderita juga akan mengalami luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan. Badan penderita juga akan merasa lemah, tidak bertenaga dan sukar berkonsentrasi.

Penyakit Aneroksia ini juga boleh membawa kepada kematian. Keadaan ini mempengaruhi psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti perasaan tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, mudah merasa bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, tidak yakin pada diri, canggung berhadapan dengan orang ramai, cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya dan juga mengalami depresi (sedih terus menerus). Selain itu penghidap penyakit Aneroksia memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan dan tentu sahaja ibu bapa untuk memulihkan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi iaitu kematian. Aneroksia boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Dianggarkan satu daripada sepuluh orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Penghidap Aneroksia juga akan mengalami gangguan degupan jantung, rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf. Oleh itu bagi mengelakkan kita menghidapi penyakit Aneroksia ini, kita haruslah sentiasa menjaga diet pemakanan kita agar seimbang. Bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal, kita semua boleh mengamalkan tip kuruskan badan tanpa ubatan seperti beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing iaitu berjalan cepat, gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Selain itu juga amalkan bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah dan aktiviti menunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Aktiviti ini dapat mencantik dan merampingkan peha dan kita semua akan sentiasa bertenaga dan tubuh badan akan sihat. Oleh itu setiap individu haruslah menjaga kesihatan masing-masing bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti sebarang penyakit yang merbahaya. Aspek pemakanan juga haruslah dijaga agar kita semua mendapat tubuh badan yang sihat. Selain itu pemakanan yang sihat dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan seterusnya kita semua akan sentiasa kelihatan sihat dan ceria.

p/s – ha, kaum hawa, ingat tuh! laki ade je kene benda nih.  Tapi sgt jarang, sebab laki tak fikir sangat sal berat badan nih..:)..jgn jd sensitif sgt, bru naek 1 kilo, dah amok satu rumah..padahal berat baru 45kg.  just maintain berat ikut ketinggian je ok?? sbb tuh BMI kena stabil! ingat ye??

Ilalliqa’, wassalam.

~ by sunan89 on March 31, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: