Judi dan Arak Berlesen, halal ke???

Assalamualaikum

Ha, sekali tengok tajuk, korang sendiri dah tahu pe hukumnya kan? Bukan jahil, semua pandai-pandai! tapi bagi manfaat ilmu bersama, mari sejenak saya bawa kalian menyusuri hukum hakam tajuk kita. Semoga mendapat manfaat.

Judi dan Arak Adalah Haram

Judi adalah haram dalam Islam. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut;

1. Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam.

2. Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.

3. Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan.

4. Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.

5. Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk dari berjudi.

6. Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.

7. Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar meninggalkannya sebagai penegasan.

8. Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperinthkan oleh Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika melakukannya.

p/s : hiasan saje…

10 golongan di laknat Allah berkaitan arak
Jadi di sini, saya tunjukkan pesan Rasulullah SAW yang berupa amaran kepada umatnya, supaya tak sesat jalan.

Rasulullah SAW melaknat tentang arak, 10 golongan:

(1) yang memerahnya,

(2) yang minta diperahkannya,

(3) yang meminumnya,

(4) yang membawanya,

(5) yang minta dihantarkan arak,

(6) yang menuangkan arak,

(7) yang menjualnya,

(8) yang makan harganya,

(9) yang membelinya,

(10) yang minta dibelikannya.”

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

p/s : Hiasan ni..
Oleh itu, pengharaman judi adalah sesuatu yang tsabit dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. Ertinya dalam apa jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain.

Tapi bagaimana pula dengan kita?  Adakah kita sedar akan berleluasanya perjudian ini.  Demam piala dunia telah pun tiba.  Ada sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dengan perjudian.  Malangnya telah ditumpaskan oleh kerajaan Malaysia sekarang.  Syabas!!!

Persoalannya sekarang, adakah judi itu halal jika berlesen? Jika tidak, mengapa wujud berita “Pihak polis berjaya menumpaskan syarikat judi yang tidak berlesen  di ………”.  Apakah tindakan mereka kepada syarikat judi yang berlesen? Apakah kerana mereka berlesen, mereka terlepas dari hukum Allah?  Mana perginya pemimpin yang disegani rakyat? Mana perginya suara Islam yang mempertahankan umat? Mana perginya semangat yang menghidupkan jihad?  Jika ini teladan yang ditonjolkan kepada rakyat jelata, maka itulah acuan yang dibentuknya.  Jangan tanya kenapa andai kata mereka yang disaman mempertikaikan salah pemimpin.

Bagaimana pula keadaannya tentang arak?  Dijual seakan pisang goreng panas di merata tempat.  Yang sedihnya, ada yang tidak ambil peduli akan 10 golongan yang dibenci Allah seperti yang tertera di atas.  Alasan mereka, “Err, saya jual aje.  Tak minum pon. Lagipon saya bekerja kat sini. Ni bukan kedai saya”.  Agak-agak kalian, tempat apa yang saya maksudkan ini?  Maaf jika terkasar, 7 ELEVEN.  Kenapa begini caranya untuk mencari rezeki?  Bila di tanya, mereka terdiam.  Bila kita berdiam, mereka makin jahil.  Sampai bila kita nak sedar akan kesilapan yang terlalu dipandang enteng ini?  Esok? Lusa? Tidakkah mereka terfikir, duit gaji yang digunakan untuk mengalas perut itu haram.  Jika sudah bekerja selama 2  tahun? 3 tahun? Nauzubillahiminzalik…

Renungkanlah bersama.

Ilalliqa’, Wassalam.

~ by sunan89 on July 6, 2010.

2 Responses to “Judi dan Arak Berlesen, halal ke???”

  1. apa maksud golongan ke (8) yang makan harganya?

    • terima kasih kpd safwan. maaf lmbt balas. sy kesibukan kebelakangan ni. golongan ke 8 ialah yang mengambil untung dari nya. tak kisah lah untung runcit ke, untung atas angin ke. yang penting walaupun sedikit, haram tetap haram.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: