Tudung itu berat? Beratnya!

Assalamualaikum,

Salam sejahtera.  Setelah sekian lama tak blogging. Rasa kekok pula kali ni. Bukan apa, awak dah lama tak menaip dan memerah idea. Keras aje lah buah fikiran dalam kepala ni. Tetapi takpe, hari ni saya ingin memetik perkara yang sangat popular bagi kita melayu yang secara amnya adalah muslim kebanyakannya iaitu tudung.

 

“Aku pernah tengok orang pakai tudung pun buat hal”

“Aku free hair, tapi aku sembahyang”

“Belum sampai seru lah”

“Alah, asalkan tutup sudahlah”

 

4 ini diantara feedback yang sering diberikan oleh gadis-gadis yang tak bertudung.  Kalau kamu si pembaca, dapat feedback macam ni dari kawan kamu sendiri, rasanya apa yang kamu buat? Tanya diri sendiri. Sejauh mana kita mampu untuk sentiasa menegur mereka-mereka yang tidak bertudung.  Perempuan tu indah. Memang tiada bandingnya dari ciptaan yang lain. Tetapi paling indah ialah wanita yang solehah. Untuk sehelai rambut sahaja dilihat oleh bukan mahram, akan dilaknat Allah S.W.T. Tak kira lah yang belajar ke, kerja ke, bermula keluar dari rumah sampai balik rumah semula seolah-olah mereka yang mendedahkan aurat ini ‘farming’ dosa. Tiap-tiap hari. Tidakkah kalian wahai hawa terasa benda ini?

 

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59)

 

Mafhum ayat di atas sekuat-kuatnya menerangkan betapa pentingnya untuk menutup aurat.  Tetapi seiring dengan perubahan dunia, tudung bukan lagi kewajipan. Malahan dijadikan item tersebut sebagai gaya fesyen mengikut kehendak si pemakai. Sampai bila kau mahu begini? Pernah terfikir akan dosa si bukan mahram yang keghairahan melihat dari dada mu sehingga atas kepala? Mereka manusia ada nafsu.

 

“Dihiaskan manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti wanita-wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang baik, binatang-binatang ternak dan tanaman. Demikianlah kesukaan hidup dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).” (Surah Ali-Imran:14).

 

Sememangnya itu telah dinyatakan oleh Allah S.W.T tentang bagaimana obsesnya manusia pada perkara-perkara di atas.  Maka, perlu lagikah hawa bersikap diam dan tidak mengambil peduli dalam menjaga aurat? Seketika, cuba renungkan sejauh mana pengamatan kita dalam perkara ini. Usah dibangga pada rambut yang cantik, jika Allah tarik nikmat, keindahan muka juga pasti tercalar. Jika kau mahu berlumba-lumba mengejar kecantikan, tidak perlu.  Kau bakal tua. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.  Beringatlah dan berilah peringatan selama kau masih hidup.

 

p/s : Tudung bukan fesyen tapi tuntutan agama.


p/s : Berat ke? Tak berat lah. Cubalah dulu. (hiasan cuma)

 

Ilalliqa’, Wassalam

~ by sunan89 on February 21, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: