Wanita Berpakaian tetapi Telanjang!

Assalamualaikum

Maaf topik agak kasar, tapi cuma ingin menegaskan, hadis nabi yang disabdakan baginda pada 1400 yang lalu kini menjadi kenyataan.  Semakin berleluasa.  Yang tudung labuh ke, tak labuh ke, perlu diingatkan; perkara ini bukan perkara remeh.

Ramai orang Melayu yang malas membaca. Kalau buku agama lagilah malas nak baca. Sudahnya, kita jadi masyarakat bangang dan buta agama.

Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).

Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang ‘berpakaian telanjang’. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi ‘bertelanjang’ daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w menyatakan dalam hadis yang sama: “Aku belum pernah melihat mereka ini.” Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksud ini?

Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini di mana-mana. Yang menyedihkan, golongan wanita ini mengaku muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh ataupun mereka mengenakan pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam di mana seseorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

Gaya terkini, kebanyakan remaja didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar JEANS sendat. Disebabkan potongan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yang amat mengiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila berjalan tergedik-gedik biarpun bertudung.. Inilah yang dinamakan “berpakaian seolah-olah telanjang” bermakna hukumnya sama seperti mendedahkan aurat.  Selain daripada itu, tidak kurang hebatnya yang belajar agama, mereka tahu serba serbi tentang aurat tetapi berlaku juga kesilapan yang besar yang dianggap kecil.  Tidakkah kamu perasan wahai hawa? Please take note!

Remaja muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri. Rela tubuhnya menjadi tontonan lelaki. Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka.

Fesyen sebegini tak ubah seperti pakaian orang kafir. Sebagai umat Islam kita dilarang daripada meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran dalam satu hadis: “Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Sunan Abi Daud)

Bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan berlepas tangan. Bukankah kerja Amar maaruf nahi mungkar itu suatu pekerjaan yang wajib dilaksanakan? Allah telah perintahkan kita mendidik anak isterinya dengan didikan agama yang sempurna. Ayuh berdakwahlah!

p/s : Ini buktinya! Nauzubillah!

 

Ilalliqa’, Wassalam.

~ by sunan89 on March 10, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: